KUALA TERENGGANU, 04 Julai – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu (YT) hari ini telah merasmikan Program Fit-YT anjuran Pengurusan YT bersama Kelab YT. Program ini adalah bertujuan untuk mendorong gaya hidup yang sihat, mencegah penyakit, dan meningkatkan kualiti hidup kepada kakitangan YT khususnya.
Pelbagai aktiviti akan diadakan melalui program ini antaranya Senam Santai, Senam Robik (Wanita), Berbasikal dan sebagainya yang mana aktiviti-aktiviti ini akan berlangsung setiap hari selepas waktu bekerja.
Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan), YBrs. Puan Rohani binti Mat Amin, Timbalan Pengarah (Operasi) serta pegawai-pegawai dan kakitangan YT.
Diharapkan program ini akan menunjukan komitmen YT dalam menghasilkan pekerja yang lebih sihat dan produktif dalam menjalankan tugas harian mereka.
Views: 22