KEMAMAN, 26 Sept – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat, Ahmad Shah bin Muhamed hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Idul Ilmi Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai seramai 250 orang pelajar yang terdiri daripada semua Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Karnival ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengasah bakat baharu dan menggilap bakat terpendam dalam kalangan pelajar serta menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sesama keluarga imtiaz.
Views: 15