Skip to content
  • info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2022 OLEH PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU (JPNT)

KUALA TERENGGANU, 8 Jun – Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.59 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional 4.74. Berita baik itu diumumkan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Seramai 18,747 calon menduduki peperiksaan SPM 2022 di 176 pusat peperiksaan seluruh Terengganu. Daripada jumlah itu, seramai 333 calon memperoleh keputusan semua A (A+, A dan A-).
Dalam majlis pengumuman berkenaan, lima buah sekolah telah merekodkan kecemerlangan dengan rekod pencapaian semua lulus mata pelajaran dengan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu berada di tempat yang pertama. Kemudian diikuti oleh SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut (Kedua), SM Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu (Ketiga), SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman (Keempat) dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun (Kelima). SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu juga telah diumumkan sekolah Gred Purata Sekolah (GPS) Terbaik dengan pencapaian GPS 1.31.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua ! Kejayaan ini sebagai satu penanda aras untuk SPM 2023 akan datang, semoga Sekolah-sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu akan terus cemerlang.

Views: 34

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
0
43
556
10765
109628
184604
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu