KUALA TERENGGANU, 04 Jan – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT hari ini telah bersama anak-anak pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dari seluruh daerah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula pertengahan Februari nanti.
Majlis Amanat Pelajar SPM bersama Pengarah YT yang diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu ini turut dihadiri oleh guru-guru sekolah berkenaan. Majlis berkenaan dimulakan dengan sesi Taklimat oleh Bahagian Penajaan YT yang disampaikan oleh Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT.
Seterusnya, majlis berkenaan diteruskan dengan Sesi Amanat YBhg. Dato’ Pengarah YT dalam menyuntik semangat anak-anak pelajar. Selain memberikan suntikan semangat kepada anak-anak pelajar, beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dalam pelajaran.
Dalam majlis berkenaan, turut dihadiri oleh Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad,Ketua Penolong Pengarah (Penajaan) YT, pegawai-pegawai kanan YT serta barisan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Semoga majlis ini dapat memberikan semangat kepada anak-anak pelajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM akan datang.
Views: 5