KUALA TERENGGANU,26 Dis – Seramai 203 pelajar daripada Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut dan Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Kuala Berang telah menghadiri Kem Kecemerlangan SPM Peneraju Huffaz Pintar Pelajar Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Tahun 2022.
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan kaedah pembelajaran berkesan dan pengurusan masa yang cekap yang dikongsikan oleh guru-guru pakar jemputan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kaedah serta teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan sesuai dengan format.
Program yang diadakan di Payang Scout Hotel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu. Beliau juga sempat memberikan sedikit kata-kata motivasi bagi merangsang mental dan fizikal pelajar supaya sentiasa bersemangat dan bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan pada bila-bila masa.
Turut hadir bersama, Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT dan Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad.
Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh pihak Yayasan Terengganu. Semoga anak-anak pelajar memperoleh kejayaan di masa yang akan datang.
Views: 10