Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada THelp bagi menggubal modul untuk kegunaan program trenglish sesi 2023. Program ini dihadiri oleh 45 orang THelp mewakili seluruh daerah di Terengganu. Ceramah diberikan oleh Puan Rohaida bt Ngah, Jurulatih Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), PPD Kuala Terengganu.
Turut hadir, Puan Sharifah Fatzhiyah binti Syed Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu, Tuan Haji Wan Zuraidi bin Che Wan Zaid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahasa (Sektor Pembelajaran) JPNT , Puan Fauzan Izzati binti Roselan, Penolong Pengarah Bahasa (Sektor Pembelajaran) JPNT serta Puan Hajah Wan Samlia binti Wan Shafie, Penolong Pengarah Sains & Matematik (Sektor Pembelajaran).
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#pelanstrategikyt
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 13