KUALA TERENGGANU, 19 Dis – Selaras dengan Pelan Strategik Yayasan Terengganu hari ini telah diadakan Bengkel Pengenalan Asas Kewangan Bagi Pengurusan Kewangan Yayasan Terengganu. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu.
Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada semua pegawai dan staf Yayasan Terengganu berkaitan peraturan-peraturan dalam pengurusan kewangan kerajaan berdasarkan Pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
#yayasanterengganu
#PelanStrategikYT
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 6