KEMAMAN, 8 DIS – Yayasan Terengganu (YT) hari ini telah mengadakan satu Majlis Perasmian dan Penyerahan Pengurusan Taska Permata Keluarga Al-Farouq, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu. Turut hadir bersama YB. Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohammad Daham, Pengarah YT, YBrs. Tuan Haji Wan Mohd. Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT, dan YBrs. Encik Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#keluargaYT
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 12