• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

BENGKEL PENULISAN SURAT RASMI JABATAN

KUALA TERENGGANU, 24 Nov – Yayasan Terengganu dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu hari ini telah mengadakan Bengkel Penulisan Surat Rasmi Jabatan. Bengkel selama satu hari ini telah diadakan di Dewan Besar Yayasan Terengganu dan disertai seramai 60 orang pegawai dan staf Yayasan Terengganu.
Dokumen rasmi kerajaan merupakan sebarang dokumen yang dihasilkan oleh kerajaan secara rasmi dan hal-ehwal pengurusannya tertakluk di bawah Akta 629 (Akta Arkib Negara 2003). Antara dokumen rasmi kerajaan yang paling lazim di setiap pejabat kerajaan ialah surat, memorandum dan e-mel.
“Objektif utama bengkel seperti ini diadakan adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada semua pegawai dan staf Yayasan Terengganu berkenaan format-format surat rasmi, memorandum dan e-mel yang betul berdasarkan Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 : Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo, Dan Emel serta pekeliling lain yang berkaitan” kata Encik Yusrisyam bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan (Pentadbiran) yang merasmikan bengkel berkenaan.
Beliau juga berkata, bengkel-bengkel seperti ini juga perlu bagi kita mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen rasmi khususnya surat rasmi, memorandum dan e-mel berdasarkan tatabahasa Bahasa Melayu yang standard dalam urusan rasmi kerajaan.
Semoga semua peserta dapat mengambil input dalam bengkel ini dan mengaplikasikan dalam tugasan harian mereka.

Views: 30

Statistik Pelawat
155274
Users Today : 253
Users This Month : 2381
Users This Year : 155273
Total Users : 155274
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content