Hari Pencipta Indonesia ialah platform Antarabangsa untuk pencipta, penyelidik, dan saintis tempatan dan antarabangsa mempersembahkan ciptaan dan inovasi mereka ke peringkat Antarabangsa. Pada mulanya, Hari Pencipta Indonesia bertujuan untuk menghargai mereka yang telah mendedikasikan diri mereka dalam mencipta idea baharu dan cerah untuk keperluan manusia.
Pasukan Inovasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun menjadi salah satu pasukan yang berjaya untuk menyertai pertandingan berkenaan. Pasukan ini terdiri daripada empat orang pelajar perempuan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun dan dibantu oleh dua orang guru pembimbing inovasi sekolah berkenaan.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari di Udayana University Bali ini berfungsi untuk membantu pencipta menyediakan dan membangunkan produk mereka untuk dikomersialkan melalui peluang inkubasi, kaitan pelaburan, akses kewangan dan lain-lain. Peserta-peserta diberi peluang untuk menunjukkan idea atau projek inovatif mereka dalam bentuk reka bentuk, mock op, prototaip atau produk sedia untuk dikomersialkan. Pelawat dan pelabur global akan dijemput untuk mencari beberapa projek menarik.
Yayasan Terengganu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada anak-anak Imtiaz untuk bergiat aktif dalam bidang inovasi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menekankan pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta kemahiran berfikir. Begitu juga dalam bidang keusahawanan untuk menghasilkan produk kompetitif.
Semoga Pasukan Inovasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun memperoleh kejayaan dalam pertandingan tersebut !
Views: 5