KUALA TERENGGANU,17 Okt – Yayasan Terengganu telah menerima kunjungan hormat Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM diiringi oleh YBhg. Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri dan Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM. Turut bersama-sama beliau, Encik Mohd Azrul bin Ismail, Setiausaha Kerja dan Encik Mohd Hapizul bin Ibrahim, Eksekutif Penyelaras Projek.
Kunjungan YDSM bertujuan bagi berkongsi dan bertukar-tukar idea berkenaan inisiatif dan gerak kerja keusahawanan yang dilaksanakan oleh YDSM. Selain itu mereka juga ingin mendapat maklumat lebih halus tentang cabang kerjasama dalam inisiatif pengupayaan industri kraftangan tradisional Terengganu, khususnya yang membabitkan program YDSM.
YT mengucapkan terima kasih kepada pihak YDSM atas kunjungan hormat tersebut dan menerima YT sebagai salah satu rakan kerjasama strategik untuk perancangan program-program mereka. YT berharap usaha dan kerjasama secara dua hala ini berterusan untuk masa akan datang dalam membentuk pembangunan kemahiran anak-anak Negeri Terengganu pada masa yang akan datang.
Views: 73