PEKAN,11 Oct – YBhg. Dato’ Haji Mohamad Azmi bin Mohammad Daham, Pengarah YT bersama-sama delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai pengurusan Imtiaz YT hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke UMP Kampus Pekan. Kunjungan hormat berkenaan adalah bertujuan bagi membentuk satu kerjasama pintar antara YT dengan UMP dalam meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran bahasa mandarin di Sekolah Menengah Imtiaz YT terutamanya dari aspek pensijilan pelajar tahfiz mandarin dan juga pembangunan modul pembelajaran bahasa mandarin.
Yayasan Terengganu melalui Pelan Strategik YT 2022-2026 telah merangka satu strategi iaitu Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Asing. Melalui strategi ini, satu program telah dirancang bagi memperkenalkan Bahasa Asing Tambahan kepada IMTIAZ dengan mewujudkan kebitaraan Bahasa Asing di setiap IMTIAZ.
Delegasi YT disambut oleh YBrs. Professor Ts. Dr. Kamal Zuhairi bin Zamli, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi UMP beserta dekan-dekan dan pegawai-pegawai pengurusan UMP.
Semoga pertemuan hari ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam membangun pendidikan negeri dan negara.
Views: 2