KUALA LUMPUR, 05 Okt – Bengkel Perkembangan Organisasi Dan Penyusunan Semula Perjawatan Yayasan Terengganu hari ini telah diadakan bagi memantapkan pengurusan sumber manusia Yayasan Terengganu selaras dengan teras strategik ke 5 Pelan Strategik YT 2022-2026, keutuhan ekosistem.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT. Beliau berkata dalam majlis berkenaan, bengkel ini merupakan salah satu proses kajian semula fungsi, rasionalisasi dan tugas bahagian sesuai dengan perkembangan semasa Yayasan Terengganu.
Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini telah disertai oleh semua pengurusan tertinggi YT yang terdiri daripada Semua Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah serta Ketua-Ketua Unit.
Jangkaan hasil yang diharapkan daripada bengkel ini ialah satu dokuman kertas cadangan pengukuhan perjawatan YT dapat dihasilkan bagi pembangunan jabatan pada masa akan datang.
Views: 6