KUALA LUMPUR, 04 OKT – Kunjungan hormat Yayasan Terengganu(YT) bersama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) ke Pejabat Kedutaan Algeria di Malaysia. Delegasi kali ini yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT adalah bagi bertujuan memperkasakan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam memastikan proses penghantaran pelajar-pelajar anak Terengganu yang akan menyambung pengajian ke Algeria dapat berjalan dengan lancar.

Views: 0
