PUTRAJAYA, 21 SEPT – Yayasan Terengganu hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Terengganu dengan Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.
Jalinan kerjasama antara Yayasan Terengganu dengan Terengganu Incorporated serta Kumpulan Terengganu Inc. adalah salah satu usaha dalam mewujudkan penajaan biasiswa khususnya pelajar-pelajar cemerlang Terengganu beserta jaminan peluang pekerjaan.
Perjanjian ini telah disaksikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terenganu), YBM. Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu) dan YB. Dato’ Haji Satiful Bahari bin Mamat (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi) selaku Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu.
Views: 1