MARANG, 14 Sept – Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Idul Ilmi 2022 Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Kali Ke-16.
Karnival Idul Ilmi ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk mengasah bakat baru dan menggilap bakat terpendam dalam kalangan pelajar serta menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah sesama keluarga imtiaz.
Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi. Turut hadir bersama, Tuan Haji Mazlan bin Che Wil, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Sulong, Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas) YT serta Pegawai Pendidikan Daerah Marang dan pegawai-pegawai kanan YT.
Johan Keseluruhan bagi Karnival Idul Ilmi Peringkat Negeri Terengganu tahun ini telah menjadi milik SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu.
Tahniah & Syabas !!!
Views: 1