10 Ogos 2022 – Kunjungan Hormat Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Yayasan Terengganu (YT) bagi membincangkan laluan pengajian Dual Program ke China khususnya untuk semua pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Delegasi diketuai oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli bin Hanim (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa) bersama-sama para pegawai daripada UMP. Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pengarah Yayasan Terengganu), Tuan Haji Mazlan bin Che Wil (Timbalan Pengarah Operasi), Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz), Tuan Haji Jaafar bin Abdullah (Ketua Penolong Pengarah Tajaan & Transformasi Pendidikan) dan para pegawai Yayasan Terengganu.
Semoga kunjungan hormat ini menghasilkan sesuatu yang positif bagi membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar khususnya kepada pelajar Imtiaz.
#yayasanterengganu
#jubliemasyayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
Views: 2