BESUT (16 Julai 2022) – Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (MASSMIYT) Tahun 2022 telah diadakan pada 13-16 Julai 2022 bertempat di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut.
Penganjuran Kejohanan Sukan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam bidang sukan seterusnya memupuk budaya bersukan dalam kalangan warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Kejohanan ini telah disertai oleh 1188 pelajar daripada 8 buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu dengan menyertai 18 acara dalam kategori yang pelbagai.
Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan MASSMIYT Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman,
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja merangkap ADUN Kota Putera, Besut.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pengarah Yayasan Terengganu), YBrs. Haji Megat Samsudin Bin Megat Yusof (Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz) serta YBrs. Haji Abdullah Zawawi Bin Yahya (Pegawai Pendidikan Daerah Besut).
Kejohanan Sukan MASSMIYT kali ini menyaksikan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut telah dinobatkan sebagai Johan bagi kesuluruhan pertandingan dengan pungutan pingat emas terbanyak iaitu 9 pingat emas.
Tahniah dan syabas kepada para pemenang.
#yayasanterengganu
#jubliemasyayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 30