[HEBAHAN]
7 Julai 2022 – Lawatan Yayasan Terengganu ke Pusat Latihan Atlet SUKMA di Majlis Sukan Negeri Terengganu
YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohd Daham, Pengarah Yayasan Terengganu mengiringi YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bersama ketua-ketua jabatan menyantuni atlet-atlet sukan Karate, Wushu, Taekwando, Silat, Sepaktakraw dan Angkat Berat yang akan bertanding di Sukan Malaysia XX 2022 pada bulan September 2022 nanti di Kuala Lumpur.
Yayasan Terengganu selaku Jabatan Angkat kepada pasukan Karate memberi penuh komitmen menyokong persiapan 13 orang atlet Terengganu dalam misi mencapai sasaran 2 pingat emas di SUKMA kali ini.
Selamat Berjuang Atlet-Atlet Terengganu
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#jubliemasyayasanterengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 5