• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

PERMOHONAN ANUGERAH SARJANA TERENGGANU 2021

 

PENGURUSAN YAYASAN TERENGGANU TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBERI ANUGERAH SARJANA TERENGGANU SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KEPADA  ANAK TERENGGANU YANG CEMERLANG DI PERINGKAT PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

GRADUAN LEPASAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI YANG TELAH MELENGKAPKAN PENGAJIAN PADA TAHUN 2021 ADALAH DIPELAWA UNTUK MEMOHON.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

  1. Pemohon/graduan adalah penerima ANUGERAH UNGGUL peringkat Universiti dalam Majlis Konvokesyen Universiti/Pusat Pengajian Tahun 2021 secara individu (peringkat fakulti TIDAK diambil kira);
  2. Ibu atau bapa/penjaga pemohon/graduan lahir di Negeri Terengganu; ATAU
  3. Ibu dan bapa/penjaga pemohon/graduan bermastautin di negeri Terengganu secara terus menerus tidak kurang dari sepuluh (10) tahun dan mempunyai niat akan terus menetap di Terengganu dengan mengemukakan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN;
  4. PEMOHON/PELAJAR mestilah PEMILIH BERDAFTAR DI DUN NEGERI TERENGGANU;
  5. Ibu atau bapa pemohon/graduan mestilah PEMILIH BERDAFTAR DI DUN NEGERI TERENGGANU;
  6. Mod pembelajaran bagi IJAZAH SARJANA MUDA adalah SEPENUH MASA

 

BORANG PERMOHONAN ANUGERAH SARJANA TERENGGANU TAHUN 2021 BOLEH DIISI MELALUI LAMAN SESAWANG YAYASAN TERENGGANU IAITU www.yt.gov.my/penganugerahan BERMULA 27 JUN 2022 (ISNIN) 

TUAN/PUAN DIKEHENDAKI MENGEMUKAKAN BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI KEPADA BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU SETELAH MENERIMA PENGANUGERAHAN SERTA PENGESAHAN SECARA BERTULIS DARIPADA PIHAK UNIVERSITI

CATATAN : Bagi IPT yang belum melaksanakan majlis konvokesyen tahun 2021, permohonan adalah masih dibuka dan borang permohonan hendaklah  dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh 1 BULAN selepas tarikh majlis konvokesyen.

#yayasanterengganu

#membangunilaimerintiskejayaan

#jubliemasyayasanterengganu

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

 

 

 

Views: 105

Statistik Pelawat
155244
Users Today : 223
Users This Month : 2351
Users This Year : 155243
Total Users : 155244
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu
Skip to content