BANGI, 13 Jun – Pengarah Yayasan Terengganu (YT), YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi b. Mohamad Daham hari ini melakukan satu kunjungan hormat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut bersama, Ketua Penolong Pengarah (Tajaan & Transformasi Pendidikan) Tuan Haji Jaafar b. Abdullah dan Penolong Pengarah Kanan (Tajaan) Encik Azwandi b. Mohamad.
Sesi kunjungan hormat yang dimulakan di Fakulti Pengajian Islam,FPIUKM disambut oleh Dekan FPIUKM, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari b. Long, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff b. Mohd Kashim serta pegawai-pegawai pengurusan kanan fakulti.
Dalam pertemuan itu, Pengarah YT serta pegawai-pegawai turut mendengar taklimat berkaitan Cadangan Kerjasama UKM-YT dalam Pemerkasaan Institusi Tahfiz dan Pondok Negeri Terengganu.
Seterusnya kunjungan hormat ini diteruskan lagi ke Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional UKM (UKMSHAPE) dan disambut oleh Pengarah UKMSHAPE, YBhg. Prof. Datuk Dr Muhammad Hussin serta pegawai-pegawai UKMSHAPE. Kunjungan hormat ini juga bertujuan bagi membincangkan kerjasama-kerjasama diantara pihak YT dan UKM dalam memastikan pemantapan pendidikan anak-anak Terengganu dapat dilaksanakan selaras dengan Teras Strategik Terengganu Maju Berkat Sejahtera iaitu Strategi Pemerkasaan Pelaksanaan Syariah & Pemantapan Pendidikan.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara YT-UKM dalam memastikan pendidikan anak-anak Terengganu dapat diperkasakan.
#yayasanterengganu
#jubliemasyayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 2