1 Jun,Kuala Terengganu – Seramai 34 orang guru T- Help telah terlibat dalam Sesi Taklimat & Majlis Penyerahan T-Help bagi Young Technologist Programme Tahun 2022 di Duyong Marina & Resort yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu. Turut hadir, wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Wakil Petrosains dan juga pegawai-pegawai kanan Yayasan Terengganu. Young Technologist Programme (YTP) merupakan program kerjasama anatara Yayasan Terengganu, Yayasan Petronas, Petrosains dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Program ini bertujuan memperkasakan bidang Science Technology Engineering Mathematic (STEM) di kalangan pelajar di Terengganu.
Views: 5