25 April,Klang-Kunjungan Hormat Yayasan Terengganu ke Yayasan Selangor yang diketuai oleh Tuan Haji Mazlan b. Che Wil, Timbalan Pengarah (Operasi). Turut hadir bersama YM Sharifah Fatziyah bt. Syed Ahmad, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan), Encik Wan Hishamudin b. Wan Suhaime, Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan Pendidikan) serta Encik Mohd Rozaizam b. Yusoff, Pegawai Yayasan Terengganu Daerah Kemaman.
Deligasi YT disambut oleh pegawai-pegawai Yayasan Selangor (YSel) yang diketuai oleh Puan Zahura Zakry, Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor. Kunjungan hormat ini adalah bagi melihat perkembangan asrama dibawah kendalian YSel dan mempelajari kaedah perlaksanaan Tabung Pendidikan serta melihat jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua Yayasan.
Views: 4