
20 April 2022 – Seramai tiga orang penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Luar Negara telah menerima Pendahuluan Diri dan Bantuan Persediaan sebelum berangkat ke Jepun pada 8 Mei ini. Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Damai Louge,Wisma Darul Iman dan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Turut sama-sama hadir, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu , YB Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi, dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu.
Saudara Muhammad Syarif bin Salzali yang berasal dari Pengkalan Berangan, Marang, Saudara Wan Muhammad Amirul bin Sofian Wan Ruhazlan yang berasal dari Chalok, Setiu dan Saudari Wan Nur Fazliyatul Adawiyyah Binti Wan Muhamed Fakry yang berasal dari Kerteh, Kemaman. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar cemerlang yang telah pun menamatkan program persediaan Jepun di Kolej INTEC Shah Alam.
Views: 3