16 Mac 2022 – Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Yayasan Terengganu dengan UiTM & ACCA serta Yayasan Terengganu dengan UniSHAMS, di Tingkat 18 Wisma Darul Iman.
Majlis ini telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Samsuri bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu.
Majlis Perjanjian Persefahaman antara Yayasan Terengganu dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bertujuan untuk membuka peluang lebih ramai anak Terengganu memperoleh kelayakan professional ACCA menerusi UiTM.
Manakala Perjanjian Persefahaman antara Yayasan Terengganu dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) membolehkan sejumlah kuota kemasukan pelajar Terengganu bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di UniSHAMS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas kesudian pihak UiTM , ACCA serta UNISHAMS diatas hasrat kerjasama dan majlis menandatangani memorandum persefahaman pada hari ini.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#jubliemasyayasanterengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 1