Written by administrator. Posted in Maklumat Bahagian
BAHAGIAN TAJAAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
- VISI : Menjadi Bahagian Terulung membangun sumber manusia yang berkualiti menerusi program Penajaan dan
- kebajikan pelajar.
- MISI : Kearah Pembentukan Generasi pelajar Terengganu yang mendokong Transformasi Terengganu Baharu
- menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.
- OBJEKTIF :
- v Membekal keperluan sumber manusia yang berpendidikan melalui pembiayaan/penajaan dan latihan
- v Memberi pendedahan , latihan serta penyeliaan mengenai pembangunan insan
- v Berperanan sebagai Agen maklumat kepada sumber tenaga kerja
- v Menjadi Sekretariat kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua Institusi Pengajian Tinggi
- Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan adalah pelaksana dalam menjalankan salah satu objektif utama dalam Enakmen penubuhan Yayasan Terengganu pada tahun 1972. Biasiswa / Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah mula beroperasi
- Bagi sesi 1972/73 dengan seramai 160 orang pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan kos perbelanjaan sebanyak RM304,520.00.
- Memperkasakan Pendidikan dalam tonggak Transformasi Terengganu Baharu (TTB) membawa perubahan dalam pengurusan Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan. Pengurusan telah menempatkan seramai 28 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.Pembangunan dan gerak kerja Mahasiswa juga amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri. Susulan itu . Pengurusan Yayasan telah membuka 3 pejabat Sekretariat Permata di setiap Zon iaitu Zon Tengah di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Zon Selatan di Skudai, Johor dan Zon Utara di Sintok, Kedah.
Print
Email