MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN TERENGGANU DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

MOU PETRONAS

Sekitar Majlis Perjanjian Persefahaman Kerjasama Antara Yayasan Terengganu dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah memperkenalkan program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bermula pada tahun 2019 bagi memberi peluang kepada anak-anak Terengganu yang cemerlang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Program biasiswa SPC ke luar negara ditumpukan kepada bidang Perubatan, Pergigian & Perbankan Islam  di universiti-universiti terpilih di Timur Tengah (Jordan & Mesir) serta bidang-bidang Sains, Kejuruteraan & Perakaunan di universiti-universiti terkemuka di negara-negara seperti UK, USA, Australia/New Zealand dan Jepun/Korea.
Manakala program biasiswa SPC di Universiti Awam (IPTA) dalam negara merangkumi semua bidang pengajian bermula di peringkat Asasi/Persediaan, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan (Master & PhD).
Bermula tahun 2020, Yayasan Terengganu mengorak langkah untuk meneruskan program Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) di universiti swasta dan  Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) adalah universiti pertama yang terpilih bagi mereliasasikan agenda tersebut.

Print Email

Senarai Berita