PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2021.A. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU Permohonan adalah dipelawa kepada Pelajar Tahun 6 yang telah menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ATAU yang berdaftar bagi menduduki PKSK bagi negeri-negeri yang belum melaksanakan PKSK serta berminat memasuki Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2021 untuk membuat permohonan secara online melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my yang akan dibuka bermula 22 DISEMBER 2020. Kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT adalah sebagaimana berikut: SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SMIYT TAHUN 2021: 1. LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu. Untuk makluman, pada tahun 2021 pihak Yayasan Terengganu juga akan membuka satu Kelas Tahfiz Mandarin bagi memberi peluang kepada calon-calon yang berminat dengan Bahasa Cina di SMIYT terpilih. Syarat kemasukan ke Kelas Tahfiz Mandarin ini adalah sama sebagaimana syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SMIYT Tahun 2021 sebagaimana dinyatakan di atas. Pemohon-pemohon yang berminat, boleh membuat pilihan bagi mengikuti Kelas Tahfiz Mandarin ini semasa sesi temu duga kemasukan kelak. B. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN SMIYT MARANG Yayasan Terengganu telah melaksanakan Program Khas Tahfiz Mandarin bermula tahun 2020 bagi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang. Tawaran dipelawa kepada pelajar Tahun 6 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK(C) atau calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Cina yang berminat untuk mengikuti Program Khas Tahfiz Mandarin di SMIYT Marang SAHAJA sebagaimana syarat di bawah. Calon-calon berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my yang akan dibuka bermula 22 DISEMBER 2020. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN DI SMIYT MARANG TAHUN 2021: 1. LULUS ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sebagaimana yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu. _____________________________________________________________________________________________ Semakan permohonan, panggilan temu duga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web ytklik.terengganu.gov.my. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 29 JANUARI 2021 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : PENGARAH
Semakan permohonan, panggilan temu duga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web bermula 22 Disember 2020. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 29 JANUARI 2021. SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PENUTUP ASASI IMTIAZ SEKOLAH - SEKOLAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2020Sekitar Majlis Perasmian Penutup Program Khas Asasi IMTIAZ Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu 2020
RM500 BANTUAN PENDIDIKAN STPM KEPADA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS TERENGGANU KEKAL RELEVANKUALA TERENGGANU, 1 Oktober - Kerajaan negeri dijangka masih kekal dengan pemberian bantuan pendidikan sebanyak RM500 kepada pelajar Tingkatan 6 Atas 2020 bagi anak Terengganu yang belajar di negeri tersebut. Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, bantuan tersebut adalah susulan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu pelajar Tingkatan 6 Atas di seluruh Terengganu yang tidak memperoleh Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). "Bantuan BKP dari Kerajaan Pusat ini menyediakan peruntukan bagi pelajar Tingkatan 6 Atas aliran sains dan sastera yang berjaya. Memandangkan tidak semua pelajar akan dapat biasiswa tersebut, maka kerajaan negeri menyalurkan bantuan pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebanyak RM500 seorang dalam usaha membantu meringankan bebanan pengajian anak-anak Terengganu yang bakal menduduki STPM. "Jumlah bantuan ini adalah keputusan kerajaan negeri berdasarkan keadaan kewangan semasa negeri yang dibentangkan dalam Bajet 2020 yang lalu. Untuk tahun hadapan, kita sedang dalam proses mengangkat permohonan bantuan yang serupa di mana belum diputuskan lagi jumlah bantuan tersebut berdasarkan kriteria yang dinyatakan. "Dijangkakan RM500 seorang akan kekal diberikan oleh kerajaan negeri sebagai pemberian bantuan sepertimana yang dinyatakan," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Terdahulu Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri mengharapkan agar insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri akan menambahkan lagi semangat anak-anak pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan sehingga peringkat tertinggi. "Sudah pasti dengan adanya bantuan sebegini, meskipun jumlahnya tidaklah besar, sedikit sebanyak dapat menampung kos menyediakan kelengkapan pembelajaran atau membayar yuran peperiksaan," katanya. Selain itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu turut menyediakan Bantuan Persediaan Ke IPT (Institusi Pengajian Tinggi) sebagai pemberian 'one-off' kepada anak Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian. Bantuan persediaan ke IPT tersebut diberikan sebanyak RM500 bagi peringkat sijil, asasi dan matrikulasi, RM750 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi peringkat ijazah pertama, master dan PhD. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN TERENGGANU DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONASSekitar Majlis Perjanjian Persefahaman Kerjasama Antara Yayasan Terengganu dan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). |