KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) KE YAYASAN TERENGGANU
22 November 2021 – Delegasi UMT yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan para Pegawai Kanan UMT ke Yayasan Terengganu dalam satu Kunjungan Hormat bagi membincangkan peluang-peluang pendidikan baharu kepada anak tempatan.
Kunjungan hormat UMT disambut oleh YBhg. Dr. Hashim Azmi bin Che Noh, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu serta para pegawai dari Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan.
Semoga kunjungan ini membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak dalam memartabatkan mutu pendidikan di Negeri Terengganu.
Views: 1