• info@yt.gov.my
  • +609-621 1800 / +609-621 1801

Berita Terkini

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟴 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab hari ini telah meluangkan masa untuk menyampaikan amanat khas kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari institusi pendidikan di bawah kelolaan YT dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Calon-calon SPM yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Besut, Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu Kuala Berang, serta Asrama Yayasan Terengganu Kemaman.

Dalam majlis berkenaan, Encik Ahmad Farhan turut menyampaikan set alat tulis kepada semua calon sebagai simbolik sokongan dan dorongan moral menjelang peperiksaan penting tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof.

Views: 3

Statistik Pelawat
  • Online:
  • Hari ini:
  • Semalam:
  • Bulan ini:
  • Tahun ini:
  • Keseluruhan:
1
162
187
8601
40320
250741
logo yt
Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu
Pembayaran Atas Talian
maybank
cimb
bsn
rhb
jom pay
terengganu pay (tpay)
Penafian: Yayasan Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini.
Careline : +609-621 1800 / +609-621 1801
Faks : +609-623 2944
Emel : info@yt.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer 10 ke atas
© Hakcipta Terpelihara 2024 . Portal Rasmi Yayasan Terengganu