KUALA BERANG,26 Dis – YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah YT hari ini telah membuat lawatan ke SM Imtiaz Kuala Berang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini. Turut mengiringi beliau, Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Operasi) YT , Tuan Haji Jaafar bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pendidikan) , Puan Hayati binti Omar, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz) serta pegawai-pegawai Urus Setia Tindakan Banjir Yayasan Terengganu.
Dalam lawatan berkenaan, YBhg. Dato’ Pengarah juga sempat menyerahkan kit bantuan banjir sumbangan Kelab Yayasan Terengganu kepada beberapa orang staf Yayasan Terengganu yang terjejas dengan bencana berkenaan.
Views: 8