MAJLIS PENYERAHAN PENDAHULUAN DIRI PENERIMA BIASISWA SKIM PELAJAR CEMERLANG LUAR NEGARA TAHUN 2022
PENGHANTARAN KE AUSTRALIA
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
Majlis ini juga diadakan untuk meraikan 3 orang penerima biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) peringkat Ijazah ke luar negara dan ini adalah penghantaran kali pertama ke Australia di bawah skim ini. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 dan 2019 yang telah pun menamatkan Program Persediaan A-Level dan South Australian Certificate of Education (SACE) di Kolej INTEC Shah Alam
Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudari Tuan Nurain Nadhirah binti Tuan Kob, saudari Iffah Nabilah binti Shahidan dan saudara Mohamad Shafiq Akram bin Shafee. Semoga Yayasan Terengganu dapat melahirkan lebih ramai anak pelajar yang cemerlang di masa akan datang.
#yayasanterengganu
#membangunilaimerintiskejayaan
#jubliemasyayasanterengganu
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
Views: 0