Tajaan dan Transformasi Pendidikan

VISI             : Menjadi Bahagian Terulung membangun sumber manusia yang berkualiti menerusi program Penajaan dan  kebajikan pelajar.

MISI            : Kearah Pembentukan Generasi pelajar Terengganu yang mendokong Transformasi Terengganu Baharu menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.

OBJEKTIF  :
-  Membekal keperluan sumber manusia yang berpendidikan melalui pembiayaan/penajaan dan latihan
-  Memberi pendedahan , latihan  serta penyeliaan mengenai pembangunan insan
-  Berperanan sebagai Agen maklumat kepada sumber tenaga kerja
-  Menjadi Sekretariat kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua Institusi Pengajian Tinggi

Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan adalah pelaksana dalam menjalankan salah satu objektif utama  dalam Enakmen penubuhan Yayasan Terengganu pada tahun 1972. Biasiswa / Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah mula beroperasi. Bagi sesi 1972/73 dengan seramai 160 orang pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan kos perbelanjaan sebanyak RM304,520.00. Memperkasakan Pendidikan dalam tonggak Transformasi Terengganu Baharu (TTB) membawa perubahan dalam pengurusan Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan.

Pengurusan telah menempatkan seramai 28 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.Pembangunan dan gerak kerja Mahasiswa juga amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri. Susulan itu . Pengurusan Yayasan telah membuka 3 pejabat Sekretariat Permata di setiap Zon iaitu Zon Tengah di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Zon Selatan di Skudai, Johor dan Zon Utara di Sintok, Kedah.

 

Print Email