Bahagian Pembangunan Pendidikan

Yayasan Terengganu terlibat dengan usaha menyediakan peluang-peluang pendidikan untuk pelajar-pelajar Terengganu terutama kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah. Usaha ini diterjemahkan dengan menyediakan program dan membangunkan institusi pendidikan bagi pelajar-pelajar cemerlang dan yang tercicir daripada mendapat tempat di institusi pendidikan kerajaan yang lain.

Institusi di peringkat sekolah termasuk :

  • Asrama Yayasan Terengganu Kemaman.
  • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu cawangan Besut dan Kuala Berang.

Program-program pendidikan yang dibangunkan mencakupi bagi menangani keperluan pelajar cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang. Program-program kecemerlangan pelajar cemerlang dibangunkan di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu sementara bagi menangani kecemerlangan pelajar tercicir daripada ke asrama penuh dilaksanakan di Asrama Yayasan Terengganu dan Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu.

Mulai tahun 2007, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah memutuskan untuk membina asrama-asrama ini di setiap Dewan Undangan Negeri(DUN). Buat permulaan ianya akan dibina di Bukit Besi, Besut dan Hulu Terengganu. Pelajar yang berpotensi untuk cemerlang yang mempunyai masalah belajar akan ditempatkan di asrama-asrama ini.

Print Email