Bahagian Khidmat Pengurusan

Merancang, mengurus, menyelaras dan menguatkuasakan dasar-dasar jabatan.  Bahagian ini juga terlibat dalam mengurus tenaga manusia yang berkemahiran serta kompeten bagi meningkatkan kecekapan melalui pengurusan pelantikan dan penempatan, latihan, penilaian tahap kecekapan dan prestasi serta kenaikan pangkat.

Justeru itu, bagi melicinkan tadbir-urus, bahagian ini dipecahkan kepada tiga (3) unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Perjawatan & Perkhidmatan dan Unit Latihan.Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, dibantu oleh seorang Penolong Pengarah masing-masing di setiap unit dan seramai 33 staf sokongan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penyediaan utiliti dan prasarana yang memuaskan.
  • Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra di dalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel berlandaskan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan semua staf dapat menjalani latihan dan kursus dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya lapan (8) hari dalam setahun.

TUGAS-TUGAS

  • Menyedia dan menyelenggara utiliti dan prasarana.
  • Menggalakkan penggunaan sumber yang sedia ada secara optimum.
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan selamat.
  • Menyedia dan mengendalikan sistem pengurusan maklumat.

Print Email