Tajaan dan Transformasi Pendidikan

VISI             : Menjadi Bahagian Terulung membangun sumber manusia yang berkualiti menerusi program Penajaan dan 
                      kebajikan pelajar.
MISI            : Kearah Pembentukan Generasi pelajar Terengganu yang mendokong Transformasi Terengganu Baharu                    
                      menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.
OBJEKTIF  :
v  Membekal keperluan sumber manusia yang berpendidikan melalui pembiayaan/penajaan dan latihan
v  Memberi pendedahan , latihan  serta penyeliaan mengenai pembangunan insan
v  Berperanan sebagai Agen maklumat kepada sumber tenaga kerja
v  Menjadi Sekretariat kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua Institusi Pengajian Tinggi
Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan adalah pelaksana dalam menjalankan salah satu objektif utama  dalam Enakmen penubuhan Yayasan Terengganu pada tahun 1972. Biasiswa / Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah mula beroperasi
Bagi sesi 1972/73 dengan seramai 160 orang pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan kos perbelanjaan sebanyak RM304,520.00.
Memperkasakan Pendidikan dalam tonggak Transformasi Terengganu Baharu (TTB) membawa perubahan dalam pengurusan Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan. Pengurusan telah menempatkan seramai 28 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.Pembangunan dan gerak kerja Mahasiswa juga amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri. Susulan itu . Pengurusan Yayasan telah membuka 3 pejabat Sekretariat Permata di setiap Zon iaitu Zon Tengah di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Zon Selatan di Skudai, Johor dan Zon Utara di Sintok, Kedah.

PrintEmail

Tajaan dan Transformasi Pendidikan

VISI             : Menjadi Bahagian Terulung membangun sumber manusia yang berkualiti menerusi program Penajaan dan  kebajikan pelajar.

MISI            : Kearah Pembentukan Generasi pelajar Terengganu yang mendokong Transformasi Terengganu Baharu menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.

OBJEKTIF  :
-  Membekal keperluan sumber manusia yang berpendidikan melalui pembiayaan/penajaan dan latihan
-  Memberi pendedahan , latihan  serta penyeliaan mengenai pembangunan insan
-  Berperanan sebagai Agen maklumat kepada sumber tenaga kerja
-  Menjadi Sekretariat kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua Institusi Pengajian Tinggi

Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan adalah pelaksana dalam menjalankan salah satu objektif utama  dalam Enakmen penubuhan Yayasan Terengganu pada tahun 1972. Biasiswa / Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah mula beroperasi. Bagi sesi 1972/73 dengan seramai 160 orang pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dengan kos perbelanjaan sebanyak RM304,520.00. Memperkasakan Pendidikan dalam tonggak Transformasi Terengganu Baharu (TTB) membawa perubahan dalam pengurusan Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan.

Pengurusan telah menempatkan seramai 28 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.Pembangunan dan gerak kerja Mahasiswa juga amat dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri. Susulan itu . Pengurusan Yayasan telah membuka 3 pejabat Sekretariat Permata di setiap Zon iaitu Zon Tengah di Kampung Baru,Kuala Lumpur, Zon Selatan di Skudai, Johor dan Zon Utara di Sintok, Kedah.

 

PrintEmail

Projek & Pelaburan

Tugas-tugas :

  • Mengkaji dan merangka dasar, matlamat, peraturan serta prosedur projek dan pelaburan YT.
  • Merancang, mengenal pasti dan berusaha mendapatkan sumber pendapatan YT.
  • Merancang, mengenal pasti dan berusaha meningkatkan dana harta YT.
  • Mengurus pelaburan dalam syarikat-syarikat usahasama dan syarikat tidak tersenarai harga.
  • Merancang dan mengendali projek-projek sosial dan komersil.

PrintEmail

Inovasi & Teknologi Maklumat

Bahagian ini terdiri daripada dua unit iaitu:

  • a. Unit Inovasi
  • b. Unit Teknologi Maklumat

A. Unit Inovasi

  • a. Perancangan di dalam menyediakan keperluan dan peluang latihan kepada kakitangan sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • b. Merancang dan menyediakan pelan atau program-program untuk pembangunan staf
  • c. Merangka dan menyediakan program-program ke arah mewujudkan perhubungan yang mesra dan erat di kalangan kakitangan

B. Unit Teknologi Maklumat

Seksyen Teknikal & Operasi
1- Keselamatan IT - bertanggungjawab diatas keselamatan infrastruktur ICT di YT daripada serangan pengodam internet dan virus dari dalam dan luar YT.

2- Rangkaian - bertanggungjawab untuk merancang dan membangunkan sistem rangkaian di YT mengikut keperluan semasa.
3- Pengurusan Data - menjaga dan menguruskan server semua pangkalan data yang digunakan untuk sistem aplikasi yang dibangunkan di PTM termasuklah sistem kewangan, sistem maklumat pelajar dan sebagainya.

4-  Penyenggaraan -bertanggungjawab menjalankan kerja –kerja penyelenggaraan komputer mengikut keperluan semasa.

5- Aset & Inventori - bertanggungjawab mengurus, menjaga serta membekalkan semua aset dan barangan komputer termasuk laptop untuk tujuan peminjaman dan sebagainya.

 

Seksyen Aplikasi

1- Pembangunan Aplikasi - mengurustadbir sistem-sistem maklumat yang diperolehi dari vendor-vendor yang terpilih, membina sistem-sistem maklumat asas untuk membantu melancarkan pengurusan di YT serta memberi khidmat nasihat kepada keperluan sistem-sistem maklumat terkini
2- Seliaan dan Khidmat Pengguna - membantu dalam penyelenggaraan sistem-sistem maklumat tersebut agar berfungsi dengan efektif dan efisyen.Memberi latihan kepada pengguna berkaitan penggunaan sistem aplikasi
3- Pengurusan Maklumat - mengurusan maklumat untuk portal dan persembahan multimedia
4- Aplikasi Multimedia - pengurusan berkaitan pembangunan aplikasi multimedia jabatan

 

PrintEmail

Bahagian Pembangunan Pendidikan

Yayasan Terengganu terlibat dengan usaha menyediakan peluang-peluang pendidikan untuk pelajar-pelajar Terengganu terutama kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah. Usaha ini diterjemahkan dengan menyediakan program dan membangunkan institusi pendidikan bagi pelajar-pelajar cemerlang dan yang tercicir daripada mendapat tempat di institusi pendidikan kerajaan yang lain.

Institusi di peringkat sekolah termasuk :

  • Asrama Yayasan Terengganu Kemaman.
  • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu cawangan Besut dan Kuala Berang.

Program-program pendidikan yang dibangunkan mencakupi bagi menangani keperluan pelajar cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang. Program-program kecemerlangan pelajar cemerlang dibangunkan di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu sementara bagi menangani kecemerlangan pelajar tercicir daripada ke asrama penuh dilaksanakan di Asrama Yayasan Terengganu dan Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu.

Mulai tahun 2007, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah memutuskan untuk membina asrama-asrama ini di setiap Dewan Undangan Negeri(DUN). Buat permulaan ianya akan dibina di Bukit Besi, Besut dan Hulu Terengganu. Pelajar yang berpotensi untuk cemerlang yang mempunyai masalah belajar akan ditempatkan di asrama-asrama ini.

PrintEmail