Bahagian Kewangan

Misi :

Ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang.

Fungsi :

Berperanan mewujud dan mengurus sistem belanjawan yang berkesan.

Objektif :

Untuk mempastikan pengurusan kewangan dijalankan dengan cekap, cepat dan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

Tugas:

  1. Mengawal dan mengurus perbelanjaan kewangan dan penerimaan hasil Yayasan Terengganu.
  2. Merancang dan mengenal pasti keperluan kewangan dan sumber pembiayaan.
  3. Menyediakan belanjawan tahunan mengikut ketetapan akaun.
  4. Menasihat jabatan mengenai peraturan-peraturan kewangan dengan jelas dan tepat.
  5. Menjalankan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam pasaran saham dan saham amanah.
  6. Menyelesaikan segala tuntutan dan bil-bil dalam masa yang ditetapkan.

Piagam Pelanggan:

Kami berjanji akan -

   1. Mengurus hal ehwal kewangan tepat masa dan tempoh yang ditetapkan :- 

  • Anggaran belanjawan akan disediakan mengikut ketetapan arahan.
  • Tuntutan dan bil-bil akan diselesaikan dalam masa 3 hari.
  • Buku vot diselaraskan setiap bulan.
  • Laporan perbelanjaan akan dikeluarkan setiap bulan sebelum 20 haribulan.

   2.  Menyalurkan maklumat-maklumat perakaunan dengan cepat dan tepat kepada pengurusan.

   3.  Memberi nasihat yang berkaitan dengan peraturan-peraturan kewangan yang jelas dan tepat.

   4.  Menyediakan laporan tahunan kewangan dengan tepat, saksama dan dalam tempoh yang ditetapkan..

 

PrintEmail