Projek & Pelaburan

Tugas-tugas :

  • Mengkaji dan merangka dasar, matlamat, peraturan serta prosedur projek dan pelaburan YT.
  • Merancang, mengenal pasti dan berusaha mendapatkan sumber pendapatan YT.
  • Merancang, mengenal pasti dan berusaha meningkatkan dana harta YT.
  • Mengurus pelaburan dalam syarikat-syarikat usahasama dan syarikat tidak tersenarai harga.
  • Merancang dan mengendali projek-projek sosial dan komersil.

PrintEmail

Inovasi & Teknologi Maklumat

Bahagian ini terdiri daripada dua unit iaitu:

  • a. Unit Inovasi
  • b. Unit Teknologi Maklumat

A. Unit Inovasi

  • a. Perancangan di dalam menyediakan keperluan dan peluang latihan kepada kakitangan sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • b. Merancang dan menyediakan pelan atau program-program untuk pembangunan staf
  • c. Merangka dan menyediakan program-program ke arah mewujudkan perhubungan yang mesra dan erat di kalangan kakitangan

B. Unit Teknologi Maklumat

Seksyen Teknikal & Operasi
1- Keselamatan IT - bertanggungjawab diatas keselamatan infrastruktur ICT di YT daripada serangan pengodam internet dan virus dari dalam dan luar YT.

2- Rangkaian - bertanggungjawab untuk merancang dan membangunkan sistem rangkaian di YT mengikut keperluan semasa.
3- Pengurusan Data - menjaga dan menguruskan server semua pangkalan data yang digunakan untuk sistem aplikasi yang dibangunkan di PTM termasuklah sistem kewangan, sistem maklumat pelajar dan sebagainya.

4-  Penyenggaraan -bertanggungjawab menjalankan kerja –kerja penyelenggaraan komputer mengikut keperluan semasa.

5- Aset & Inventori - bertanggungjawab mengurus, menjaga serta membekalkan semua aset dan barangan komputer termasuk laptop untuk tujuan peminjaman dan sebagainya.

 

Seksyen Aplikasi

1- Pembangunan Aplikasi - mengurustadbir sistem-sistem maklumat yang diperolehi dari vendor-vendor yang terpilih, membina sistem-sistem maklumat asas untuk membantu melancarkan pengurusan di YT serta memberi khidmat nasihat kepada keperluan sistem-sistem maklumat terkini
2- Seliaan dan Khidmat Pengguna - membantu dalam penyelenggaraan sistem-sistem maklumat tersebut agar berfungsi dengan efektif dan efisyen.Memberi latihan kepada pengguna berkaitan penggunaan sistem aplikasi
3- Pengurusan Maklumat - mengurusan maklumat untuk portal dan persembahan multimedia
4- Aplikasi Multimedia - pengurusan berkaitan pembangunan aplikasi multimedia jabatan

 

PrintEmail

Bahagian Pembangunan Pendidikan

Yayasan Terengganu terlibat dengan usaha menyediakan peluang-peluang pendidikan untuk pelajar-pelajar Terengganu terutama kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah. Usaha ini diterjemahkan dengan menyediakan program dan membangunkan institusi pendidikan bagi pelajar-pelajar cemerlang dan yang tercicir daripada mendapat tempat di institusi pendidikan kerajaan yang lain.

Institusi di peringkat sekolah termasuk :

  • Asrama Yayasan Terengganu Kemaman.
  • Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu cawangan Besut dan Kuala Berang.

Program-program pendidikan yang dibangunkan mencakupi bagi menangani keperluan pelajar cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang. Program-program kecemerlangan pelajar cemerlang dibangunkan di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu sementara bagi menangani kecemerlangan pelajar tercicir daripada ke asrama penuh dilaksanakan di Asrama Yayasan Terengganu dan Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu.

Mulai tahun 2007, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu telah memutuskan untuk membina asrama-asrama ini di setiap Dewan Undangan Negeri(DUN). Buat permulaan ianya akan dibina di Bukit Besi, Besut dan Hulu Terengganu. Pelajar yang berpotensi untuk cemerlang yang mempunyai masalah belajar akan ditempatkan di asrama-asrama ini.

PrintEmail

Bahagian Khidmat Pengurusan

Merancang, mengurus, menyelaras dan menguatkuasakan dasar-dasar jabatan.  Bahagian ini juga terlibat dalam mengurus tenaga manusia yang berkemahiran serta kompeten bagi meningkatkan kecekapan melalui pengurusan pelantikan dan penempatan, latihan, penilaian tahap kecekapan dan prestasi serta kenaikan pangkat.

Justeru itu, bagi melicinkan tadbir-urus, bahagian ini dipecahkan kepada tiga (3) unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Perjawatan & Perkhidmatan dan Unit Latihan.Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, dibantu oleh seorang Penolong Pengarah masing-masing di setiap unit dan seramai 33 staf sokongan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penyediaan utiliti dan prasarana yang memuaskan.
  • Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra di dalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel berlandaskan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan semua staf dapat menjalani latihan dan kursus dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya lapan (8) hari dalam setahun.

TUGAS-TUGAS

  • Menyedia dan menyelenggara utiliti dan prasarana.
  • Menggalakkan penggunaan sumber yang sedia ada secara optimum.
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan selamat.
  • Menyedia dan mengendalikan sistem pengurusan maklumat.

PrintEmail

Bahagian Kutipan Bayaran Balik

Bahagian Kutipan Balik Pinjaman adalah diwujudkan di Yayasan Terengganu  untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal tuntutan serta kutipan balik pinjaman pelajaran  di samping menyediakan dasar dan prosedur bayaran balik  yang berkesan.  

FUNGSI:

1. Menguruskan  tuntutan bayaran balik pinjaman kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan pinjaman semasa melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang ditaja samada     di dalam atau di luar negara.
2. Membuat tuntutan kepada pelajar /peminjam tamat pengajian dan memastikan bayaran dibuat oleh peminjam dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Memastikan bayaran balik yang dibuat oleh peminjam menetapi tahap maksimum yang ditetapkan.
 

PrintEmail

More Articles ...