PENGAMBILAN PELAJAR BARU ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2018

logoyt2

PENGAMBILAN PELAJAR BARU ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2018

Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR 2017 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online bagi pengambilan pelajar baru Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) Tahun 2018 melalui laman web www.yt.gov.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2017 diumumkan.

TARIKH TUTUP  PERMOHONAN ADALAH  10 HARI  SELEPAS  KEPUTUSAN UPSR 2017  DIUMUMKAN


SEKOLAH YANG DITAWARKAN:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai
  2. Sekolah Menengah Sultan Ismail


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

Tawaran ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :

  1. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 2A, 2B DAN 2C dalam peperiksaan UPSR Tahun 2017. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A bagi subjek Matematik DAN Sains.
  2. Ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar yang ibu/bapa mengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Bersetuju menerima sekolah yang ditawarkan - penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh Pengurusan Yayasan Terengganu.

Semakan permohonan boleh dibuat dari semasa ke samasa melalui laman web berkenaan.

Untuk Permohonan, Klik di Sini: Permohonan AYTK

Untuk Semakan Sila Klik Link ini: Semakan AYTK

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

      PENGARAH
    YAYASAN TERENGGANU

      Bangunan Yayasan,
      Jalan Sultan Ismail,
      20200 Kuala Terengganu.
      (u.p: Bahagian Pembangunan Pendidikan)

               

                Tel          : 09-622 1733
                Faks       : 09-623 2944
                Email     : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email