Tawaran Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu ke Luar Negara 2017/2018

Lembaga Pemegang-pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon lepasan Program Persediaan (Matrikulasi/A-Level dan setaraf) yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di Peringkat Ijazah Pertama di Pusat Pengajian Luar Negara.

 1. KURSUS
Di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang-bidang berikut:
i) Sains
ii) Kejuruteraan
iii) Perakaunan
 
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i) Telah mendapat tempat di universiti terpilih di Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jerman & Indonesia) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

ii) Mengikuti bidang kursus iktisas dan kritikal.

iii) Telah lulus dengan cemerlang (sekurang-kurangnya CGPA 3.84) di peringkat persediaan (Foundation/A-Level/Matrikulasi) dan setaraf dengannya, dan mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan SPM.

iv) Penawaran berdasarkan merit yang akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

3. TARIKH TUTUP

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu selewat-lewatnya 10 Ogos 2017. Muat turun borang permohonan

4. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan, Yayasan Terengganu

(Telefon : 09-6221733 | E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Laman Web : www.yt.gov.my)

 
 

 

Print Email