IKLAN PENGAMBILAN MURID AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB

LOGO JATA KPM BM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

IKLAN PENGAMBILAN MURID AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB DI SEKOLAH AGAMA KPM AMBILAN TAHUN 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk memohon mengikuti program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut:

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
    1. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang atau pada 28 Disember 2017.
    2. Calon yang berjaya dalam temuduga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temuduga melalui laman sesawang  atau pada 18 Januari 2018.
  2. MAKLUMAN DAN PERHATIAN.
    1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang atau ww.myimtiaz.com.my mulai 14 Disember 2017.
    2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan ditarik balik surat tawaran kemasukan.
  3. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
    1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari sesi persekolahan tahun 2018;
    2. Lulus ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan mendapat sekurang-kurangnya 6A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Pendidikan Islam/ Usul al-Din/al-Syariah dan Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah;
    3. Telah menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk dan mendapat perakuan daripada pihak sekolah;
    4. Melalui proses temu duga dengan mengambil kira pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan;
    5. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat tingkatan 5.
  4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN.
    1. Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan kitab turath untuk murid tahfiz terpilih di peringkat menengah atas.
    2. Murid yang terpilih mengikuti al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab ini dicadangkan laluan pengajiannya untuk tempoh 12 tahun daripada peringkat menengah atas sehingga peringkat Kedoktoran (PhD) (jika mendapat tajaan).
    3. Matlamat pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab diperkenalkan adalah untuk memberi nilai tambah penguasaan ilmu tahfiz dan turath kepada murid Tingkatan 4 dan 5 aliran tahfiz sains.
    4. Pelaksanaannya adalah bagi memantapkan dan memperkasakan KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan ‘aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah dan Wasatiyah.
  5. KETERANGAN.
    1. 21 Disember 2017 (Khamis),  Jam : 12.00 Malam.
  6. ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
    1. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :    

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS BAWAH & 2

NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,

63000 CYBERJAYA

SELANGOR DARUL EHSAN

(u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)

No. Telefon          : 03-8321 7319

E-mel           : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

YAYASAN TERENGGANU

BANGUNAN YAYASAN

JALAN SULTAN ISMAIL

20200 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN

(u.p : Bahagian Pengurusan Imtiaz )

No. Telefon          : 09-622 1733

E-mel                  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Print Email

PENGAMBILAN PELAJAR BARU ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2018

logoyt2

PENGAMBILAN PELAJAR BARU ASRAMA YAYASAN TERENGGANU KEMAMAN TAHUN 2018

Murid Tahun 6 yang menduduki UPSR 2017 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online bagi pengambilan pelajar baru Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) Tahun 2018 melalui laman web www.yt.gov.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2017 diumumkan.

TARIKH TUTUP  PERMOHONAN ADALAH  10 HARI  SELEPAS  KEPUTUSAN UPSR 2017  DIUMUMKAN


SEKOLAH YANG DITAWARKAN:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai
  2. Sekolah Menengah Sultan Ismail


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

Tawaran ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang memiliki syarat-syarat seperti berikut :

  1. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 2A, 2B DAN 2C dalam peperiksaan UPSR Tahun 2017. Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Gred A bagi subjek Matematik DAN Sains.
  2. Ibu atau bapa adalah terdiri dari anak Terengganu. Pemastautin yang tinggal tetap di Terengganu melebihi 10 tahun serta mempunyai keinginan untuk tinggal terus (dibuktikan dengan perolehan aset tak alih) juga layak dipertimbangkan.
  3. Keutamaan diberi kepada pelajar yang ibu/bapa mengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Bersetuju menerima sekolah yang ditawarkan - penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh Pengurusan Yayasan Terengganu.

Semakan permohonan boleh dibuat dari semasa ke samasa melalui laman web berkenaan.

Untuk Permohonan, Klik di Sini: Permohonan AYTK

Untuk Semakan Sila Klik Link ini: Semakan AYTK

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

      PENGARAH
    YAYASAN TERENGGANU

      Bangunan Yayasan,
      Jalan Sultan Ismail,
      20200 Kuala Terengganu.
      (u.p: Bahagian Pembangunan Pendidikan)

               

                Tel          : 09-622 1733
                Faks       : 09-623 2944
                Email     : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Print Email

SYARAT BAHARU PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2018

logoyt2

SYARAT BAHARU PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1)

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU 2018
 

Yayasan Terengganu telah bersetuju untuk menetapkan syarat baharu dengan syarat UPSR minimum 4A 2B (6A, 5A1B & 4A2B) sahaja yang layak memohon. KELONGGARAN ini hanya diberikan kepada RAKYAT TERENGGANU sahaja. Walau bagaimana pun, keputusan panggilan temuduga dan tawaran kemasukan tertakluk kepada keputusan UPSR dan temuduga yang tertinggi.

HANYA CALON YANG BERKELAYAKAN DAN MEMOHON SECARA ONLINE SAHAJA AKAN DIPANGGIL TEMUDUGA. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH  03 DISEMBER 2017

SEKOLAH -SEKOLAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU.
  1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Besut.
  2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Kuala Berang.
  3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Kuala Terengganu .
  4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Kuala Nerus.
  5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Setiu.
  6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  - Marang.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:
  1. Mendapat minimum 4A 2B dalam UPSR 2017.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:
    • ibu atau/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
    • ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
  3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan – penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
  6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.
 Semakan permohonan, panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berkenaan. Pihak pengurusan juga berhak menolak permohonan ini sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas.
 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PENGARAH 
YAYASAN TERENGGANU
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
(u.p: Bahagian Pengurusan Imtiaz)
Tel : 09-622 1733
fax : 09-623 2944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   

Print Email

Tawaran Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu ke Luar Negara 2017/2018

Lembaga Pemegang-pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon lepasan Program Persediaan (Matrikulasi/A-Level dan setaraf) yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di Peringkat Ijazah Pertama di Pusat Pengajian Luar Negara.

 1. KURSUS
Di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang-bidang berikut:
i) Sains
ii) Kejuruteraan
iii) Perakaunan
 
2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i) Telah mendapat tempat di universiti terpilih di Luar Negara (United Kingdom, Australia, New Zealand, Jerman & Indonesia) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

ii) Mengikuti bidang kursus iktisas dan kritikal.

iii) Telah lulus dengan cemerlang (sekurang-kurangnya CGPA 3.84) di peringkat persediaan (Foundation/A-Level/Matrikulasi) dan setaraf dengannya, dan mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan SPM.

iv) Penawaran berdasarkan merit yang akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

3. TARIKH TUTUP

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu selewat-lewatnya 10 Ogos 2017. Muat turun borang permohonan

4. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan, Yayasan Terengganu

(Telefon : 09-6221733 | E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Laman Web : www.yt.gov.my)

 
 

 

Print Email