Inovasi & Teknologi Maklumat

Bahagian ini terdiri daripada dua unit iaitu:

  • a. Unit Inovasi
  • b. Unit Teknologi Maklumat

A. Unit Inovasi

  • a. Perancangan di dalam menyediakan keperluan dan peluang latihan kepada kakitangan sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  • b. Merancang dan menyediakan pelan atau program-program untuk pembangunan staf
  • c. Merangka dan menyediakan program-program ke arah mewujudkan perhubungan yang mesra dan erat di kalangan kakitangan

B. Unit Teknologi Maklumat

Seksyen Teknikal & Operasi
1- Keselamatan IT - bertanggungjawab diatas keselamatan infrastruktur ICT di YT daripada serangan pengodam internet dan virus dari dalam dan luar YT.

2- Rangkaian - bertanggungjawab untuk merancang dan membangunkan sistem rangkaian di YT mengikut keperluan semasa.
3- Pengurusan Data - menjaga dan menguruskan server semua pangkalan data yang digunakan untuk sistem aplikasi yang dibangunkan di PTM termasuklah sistem kewangan, sistem maklumat pelajar dan sebagainya.

4-  Penyenggaraan -bertanggungjawab menjalankan kerja –kerja penyelenggaraan komputer mengikut keperluan semasa.

5- Aset & Inventori - bertanggungjawab mengurus, menjaga serta membekalkan semua aset dan barangan komputer termasuk laptop untuk tujuan peminjaman dan sebagainya.

 

Seksyen Aplikasi

1- Pembangunan Aplikasi - mengurustadbir sistem-sistem maklumat yang diperolehi dari vendor-vendor yang terpilih, membina sistem-sistem maklumat asas untuk membantu melancarkan pengurusan di YT serta memberi khidmat nasihat kepada keperluan sistem-sistem maklumat terkini
2- Seliaan dan Khidmat Pengguna - membantu dalam penyelenggaraan sistem-sistem maklumat tersebut agar berfungsi dengan efektif dan efisyen.Memberi latihan kepada pengguna berkaitan penggunaan sistem aplikasi
3- Pengurusan Maklumat - mengurusan maklumat untuk portal dan persembahan multimedia
4- Aplikasi Multimedia - pengurusan berkaitan pembangunan aplikasi multimedia jabatan

 

PrintEmail