Bantuan dan Kebajikan

Beberapa jenis bantuan kewangan di peringkat rendah dan menengah dapat dimanfaatkan oleh pelajar . Bantuan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  • Bantuan Wang Saku Murid Miskin Sek. Ren. Berasrama.
    • Bantuan Murid Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Pendengaran). Setiap pelajar dibayar sebanyak RM 2.00 sehari x Bil. Hari Persekolahan Setahun.
    • Biasiswa Kecil Yayasan Terengganu (BKYT).
    BKYT sekolah Elit.

    Mulai tahun 2007, BKYT hanya diberi kepada semua pelajar yang layak termasuk sekolah elit di SMK Lembah Bidong, SMK Mak Lagam, SM imtiaz  Yayasan Terengganu Besut, SM imtiaz  Yayasan Terengganu Dungun, SM imtiaz  Yayasan Terengganu Kuala Berang, SM imtiaz  Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dan SM imtiaz  Yayasan Terengganu Kemaman . Setiap pelajar dibayar RM840.00 setahun.

    BKYT Harian
    BKYT ini diberi kepada pelajar yang layak dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar ini dibayar RM600.00 setahun.

    BKYT Pra-U
    Biasiswa ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak di tingkatan enam dan tidak mendapat mana-mana anugerah biasiswa lain. Setiap pelajar dari aliran sains dibayar RM100.00 sebulan sementara pelajar aliran sastera RM80.00 sebulan.

    Bantuan Sekolah Angkat.

    Yayasan mempunyai beberapa buah sekolah angkat dari kalangan sekolah persekutuan yang mempunyai kurang murid (SKM) di setiap daerah di Terengganu seperti berikut:

    • SK Kemat, Kuala Berang
    • SK Payoh, Kemaman.
    • SK Minda Talong, Dungun.
    • SK Jenang, Marang.
    • SK Pecah Rotan, Kuala Terengganu.
    • SK Tok Dor, Besut
    • SK Bukit Mundok, Setiu.

     

    Print Email