Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT)

Sejajar dengan hasrat Kerajaan Terengganu untuk mengurangkan keciciran pelajar Terengganu dalam arus pendidikan, PPYT ini bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar Terengganu untuk memperbaiki keputusan peperiksaan masing-masing.

Yayasan Terengganu berkeyakinan jika pelajar ini dibimbing dan ditunjuk ajar dengan sebaik-baiknya peluang untuk para pelajar memasuki pusat pengajian tinggi masih terbuka luas.

Berdasarkan pengalaman , pusat yang sebelum ini diuruskan oleh pihak Yayasan Islam Terengganu, Yayasan Terengganu percaya jumlah mereka yang berpeluang memasuki pusat pengajian tinggi akan terus meningkat. Buat masa ini, pusat ini terletak di Kuala Berang dan Besut yang menawarkan aliran Sastera, Ekonomi dan Bahasa Arab (Agama).Ianya terbuka kepada pelajar yang telah menduduki SPM dan STPM.

 

Print Email