Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK)

Asrama berkelompok ini merupakan sebuah asrama kediaman milik dan tanggungjawab penuh Yayasan Terengganu.Dibina dan mula didiami sejak awal tahun 80an lagi, AYTK berperanan membantu menyediakan kemudahan asrama yang kondusif dan selesa kepada para pelajar terutamanya dari daerah pendalaman untuk mengikuti persekolahan yang mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 3A 3B ke atas dan memperolehi A bagi mata pelajaran Matematik serta Sains dalam UPSR serta tiada C ke bawah.

Sebagai sebuah pusat kediaman yang berorientasikan pembelajaran, pelajar asrama ini berpeluang menikmati pelbagai kelebihan lain termasuk :

  1. Kelas bimbingan malam (tuisyen) secara percuma

  2. Kemudahan perpustakaan, makmal komputer

  3. Program kecemerlangan akademik pelajar PT3 dan SPM

  4. Kelas fardu ain

  5. Program pembangunan pelajar anjuran Yayasan Terengganu

  6. Pengangkutan bas percuma ke sekolah dan pulang bercuti wajib

Para pelajar ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai, Sekolah Menengah Sultan Ismail dan Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman, 

Print Email