Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan

Sebagai menghargai kecemerlangan pelajar di semua peringkat peperiksaan, Yayasan Terengganu telah mengadakan Hadiah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar. Setiap tahun pelajar terbilang akan dianugerah Pingat Emas daripada kalangan pelajar SPM. Pelajar terpilih ini akan dianugerahkan hadiah seperti berikut:

  1. Sebuah medal
  2. Sebuah komputer riba.
  3. Wang tunai RM1,000.00
  4. Sehelai 'blazer'.
  5. Sijil penghargaan.


Di samping itu semua pelajar Terengganu (Ibu/bapa mestilah Rakyat Terengganu) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ijazah pertama, STPM/STAM, SPM iaitu semua A dalam semua matapelajaran, dan UPSR diberi hadiah wang tunai serta sijil penghargaan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu. Anugerah ini akan diadakan di setiap DUN dengan kerjasama Wakil Rakyat kawasan berkenaan.

PrintEmail