Dasar Top-up

Dasar ini bertujuan untuk membantu para pelajar negeri ini di IPTA dan IPTS (TATIUC sahaja) yang tidak mendapat penajaan pada kadar pinjaman maksimum dari agensi penajaan utama, terutamanya PTPTN. Terdapat dua kadar bayaran yang ditetapkan di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma, iaitu kadar bayaran pertengahan dan kadar yuran yang merujuk kepada ketetapan kadar oleh PTPTN. Kadar bayaran bagi dasar ini adalah seperti berikut:

KADAR 'TOP-UP' PINJAMAN YAYASAN TERENGGANU

PERINGKAT
PENGAJIAN

KADAR TOP-UP

SEBAHAGIAN (RM)

KADAR YURAN (RM)

IJAZAH

2,000.00

2,500.00

DIPLOMA

1,000.00

1,500.00

Catatan :

  • Kadar Sebahagian merujuk kepada kadar pinjaman yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu sekiranya PTPTN menaja pada kategori Kadar Sebahagian.

  • Kadar Yuran merujuk kepada kadar pinjaman yang ditetapkan oleh Yayasan Terengganu sekiranya PTPTN menaja pada kategori Kadar Yuran sahaja.

 

Print Email