Naik Kadar dan Lanjut Tempoh Pinjaman

Yayasan Terengganu turut menimbangkan permohonan untuk menaikkan kadar pinjaman. Bagaimanapun, kenaikan kadar ini hanya bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja seperti pertukaran status pengajian dari integrasi ke ijazah atau dari diploma ke ijazah.

Disamping itu, kajian secara terperinci ke atas keseluruhan kadar pinjaman yang ditetapkan akan dilakukan pada setiap lima tahun sekali. Kajian ini akan mengambil kira unsur-unsur kerelevanan, rasional dan perkembangan semasa.

LANJUT TEMPOH PINJAMAN

Lanjut tempoh pinjaman dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar tajaan yang terpaksa melanjutkan tempoh pinjaman kerana gagal menamatkan pengajian dalam tempoh kuat kuasa pinjaman. Lanjut tempoh ini melibatkan tambahan kepada jumlah pinjaman asal.

Para pelajar terlibat dikehendaki mengisi borang permohonan yang disediakan dan menyatakan dengan jelas sebab-sebab perlanjutan tempoh ini perlu dilakukan.

 

Print Email