Penajaan Pelajar

a. TAJAAN PELAJAR KE IPTA

IPTA yang terlibat ialah:

  • Universiti Malaya (UM).
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Universiti Putra Malaysia (UPM).
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Universiti Utara Malaysia (UUM).
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia KUSTEM).
  • Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
  • Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM).
  • Kolej Universiti Kej. dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).
  • Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).
  • Universiti Darul Imam Malaysia (UDM).
  • Politeknik-politeknik.

Tajaan juga turut melibatkan beberapa buah institusi pengajian milik kerajaan negeri dan beberapa buah kementerian, iaitu :

  • Terengganu Advanced Technical Institute (TATI).
  • Akademi Seni Kebangsaan (ASK).

b. TAJAAN PELAJAR KE IPTS

Penajaan pelajar ke IPTS pula tertumpu kepada IPTS yang mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan menjalankan kursus-kursus yang dilulus dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Antara IPTS yang menjadi fokus utama ialah:

  • Universiti Multimedia (MMU).
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).
  • Universiti Terbuka Malaysia.

IPTS-IPTS selain dari senarai di atas akan ditentukan berdasarkan kelulusan JPS, LAN dan program kerjasama yang dijalankan dengan IPTA.

c. TAJAAN KE INSTITUSI LATIHAN TEKNIKAL

Yayasan Terengganu juga menaja para pelatih yang mengikuti pelbagai kursus kemahiran di institusi latihan teknikal yang diiktiraf oleh kerajaan.

  • Institut Latihan Perindustrian (ILP).
  • Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC).
  • Trefound Educare Sdn. Bhd.
  • Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC).
  • Ruane - TATI.

d. DASAR PENAJAAN (PINJAMAN PELAJARAN) BAGI MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA TERENGGANU

Dasar ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar yang ketinggalan dari arus pendidikan perdana mengikuti latihan bercorak kemahiran secara formal.

  • Syarat-syarat Institusi latihan kemahiran:

    • Memenuhi persyaratan sebagai sebuah institusi pengajian swasta dan pentauliahan MLVK atau surat perakuan dari IPTA tempatan.
    • Institusi latihan hendaklah mendaftar dengan Yayasan Terengganu dan mematuhi semua pensyaratan yang dikenakan.
    • Kadar pinjaman adalah merujuk kepada yuran pengajian yang ditetapkan oleh MLVK termasuk elaun saku yang dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman.
    • Permohonan pinjaman mesti dikemukakan melalui institusi latihan dan Yayasan Terengganu akan menentukan jumlah pelajar bagi setiap institusi.
    • Institusi kemahiran di luar Terengganu turut dipertimbangkan jika institusi tersebut menjalankan kursus-kursus yang mempunyai pasaran kerja yang baik serta kursus-kursus berkenaan tidak dijalankan oleh mana-mana pengendali bertauliah di Terengganu.

PrintEmail