Majlis Penyerahan Cek Sumbangan/Tajaan Yayasan Bakti Negara Terengganu

Majlis Penyerahan Cek Sumbangan/Tajaan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) untuk Program Trenglish Tahun 2016 telah diadakan pada 4 Ogos 2016 (Khamis) bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.

Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, En. Mohamad bin Kasim. 

Pengarah Eksekutif Yayasan Bakti Negara Terengganu, Tuan Mohd Adam bin Mohd Ghazali telah hadir bagi penyerahan sumbangan tersebut. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa adalah menjadi harapan yang besar agar program yang bakal dilaksanakan oleh Trenglish pada tahun ini bukan hanya sekadar gah pada nama, malah lebih dari itu memberikan perubahan yang besar dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Semoga kesemua Pembantu Guru Bahasa Inggeris (T-HELP) akan memberikan sepenuh tenaga dalam memastikan kejayaan setiap program pada tahun ini.

PrintEmail

Senarai Berita